Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua pengunjung dan khasnya JAV-JAV Malaysia. Tujuan blog ini dibuat adalah untuk mengisi sedikit maklumat dan aktiviti JAV Hilir Perak untuk dikongsi bersama. Jika anda mempunyai sebarang info menarik, anda bolehlah email kepada kami di msi@inform.gov.my

Pada Pendapat Anda, Apakah Gred yang paling wajar untuk Juruaudio Visual N17?


Tuesday, December 30, 2008

Penawar Virus Brontok

Hari ni aku nak kongsi satu software untuk memusnahkan virus yang bernama brontok. baru-baru ni komputer aku telah diserang oleh virus brontok. virus ni boleh dikatakan cerdik sebab dia tahu kekuatan antivirus yang kita ada. segala program yang hendak memusnahkan brontok ni mesti akan disekat oleh brontok tersebut.

walaubagaimanapun, aku berjaya menemui satu software yang dikongsikan oleh kawan aku. Software ni dihasilkan oleh rakyat tempatan dan dijual dengan harga RM10. aku tak pasti yang aku punya ni full version atau trial sebab aku dapat free je. setakat ni aku guna antivirus brontok ni dengan 3 hingga 4 kali, virus tu pun hilang lepas auto restart komputer. Komputer aku sering keluar brontok data norzana. Info yang aku tahu setakat ni ia dihasilkan oleh orang Indonesia.

ade banyak artikel mengenai cara nak selesaikan virus ni, iaitu dengan cara manual melibatkan administrator window. kalau tak paham memang tak boleh nak buat cara manual. cuma dengan download antivirus brontok ni korang boleh settle dengan mudah dan cepat.

aku nasihatkan korang cepat musnahkan virus tersebut sebab ia makan space, lama-lama komputer jadi berat dan lembab. akhirnya kena full format dan semua data kesayangan kita abis camtu je.


Klik sini untuk download percuma antivirus brontok

Majlis Perasmian Pejabat Kemajuan Daerah Hilir Perak

30 Dec 2008- Teluk Intan : Satu majlis perasmian Pejabat Kemajuan Daerah Hilir Perak dan Batang Padang telah dilangsungkan di hadapan Pejabat tersebut di Taman Melor Teluk Intan. Pejabat ini yang dikenali ICU merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri berfungsi menyampaikan segala bentuk perancangan dan perbelanjaan daripada Kerajaan Persekutuan terus kepada rakyat dan Jabatan-jabatan Persekutuan Daerah.

Kehadiran seramai hampir 1000 orang adalah terdiri dari kalangan Pengerusi JKKP dan penduduk kampung. Majlis ini dihadiri oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perasmi Pejabat Kemajuan Daerah Hilir Perak dan Batang Padang.

Terima kasih kepada JAV yang membantu aku iaitu Tuan Syed dari Ipoh dan Ustaz dari Manjung. Kapasiti Audio adalah memuaskan.

Kempen Keselamatan Jalan Raya


27 Dec 08 satu majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya telah diadakan di Perkarangan Bangunan Umno Bagan Datoh Hutan Melintang Perak. Majlis ini bertujuan menyeru semua penduduk sekitar menggunakan topi keledar dengan selamat. Justeru semua penduduk yang mempunyai topi keledar yang tidak selamat boleh menukar kepada yang baru secara percuma dengan mendapatkan kupon JKJR. setelah menukar semua topi keledar tersebut, satu gimik menghapuskan topi keledar lama diadakan. Semua yang hadir berpeluang mendapatkan stiker klik tali pinggang belakang.

Kursus Fully Audio System Juruaudio Visual Jabatan PeneranganNegeri Perak







Pada 21 dan 22 Dec 08 yg lalu satu kursus Fully Audio System JAV Jabatan Penerangan Malaysia negeri Perak. Kursus ini diadakan bagi memahirkan semua JAV untuk menggunakan peralatan FAS yang baru. Peralatan FAS ini berharga RM 291000 diberikan oleh ICU Jabatan Perdana Menteri kepada Jabatan Penerangan Malaysia untuk digunakan pada majlis-majlis rasmi Kerajaan*.

Kekuatan FAS ini sejauh hampir 1 Km dari segi kejelasan bunyi. ia memerlukan banyak tenaga elektrik untuk menjana peralatan ini. Ketinggian alat ini setinggi hampir bumbung rumah. Tenaga pengajar adalah dari Penyelia JAV Kuala Lumpur dan beberapa orang pihak swasta.

Kursus ini turut memberi hadiah kepada JAV yang sudah berkahwin sejak tahun 2006 hingga sekarang. Band undangan adalah dari Nas Record dari Batu Gajah Perak untuk membantu ujian live band.

Sekalung penghargaan kepada Tuan Syed kerana menjayakan kursus ini dan Pengarah Penerangan Negeri Perak kerana terus memberi komitmen kepada JAV Perak.

Sambutan Aidil Adha dan Kuiz Masihkah Kau Ingat..

Satu majlis Sambutan Aidiladha dan Kuiz Masihkah Kau Ingat telah diadakan pada 21 Desember 2008 yang lalu. Majlis ini dirasmikan oleh YB Zainol Padzi Adun Sg Manik. Majlis ini turut menyelitkan penyerahan bantuan kepada pelajar kurang berkemampuan untuk bersekolah pada tahun hadapan.

Kehadiran seramai 500 orang penduduk kampung dan JKKKP dan JKKKN. majlis ini diadakan di dewan Kemas Kg Degong. Kuiz terbuka turut diadakan kepada golongan dewasa dan ternyata mendapat sambutan hangat.

semoga Kuiz seperti ini diadakan lagi untuk masa-masa akan datang. aku pun turut berminat. JAV bertugas hanya seorang sahaja kerana seorang lagi cuti rehat.

Monday, December 15, 2008

Recording untuk assignment brader bo


Jumaat 12.12.08, Studio JAV dikunjungi oleh mantan JAV Hilir Perak untuk membuat recording mengenai assignment Iqra. Recording yang mengambil masa 3 jam itu telah berjaya. rakaman dibuat hanya selama 30 minit manakala selebihnya editing untuk membuang segala bunyi hingar dan memberi kesan effect khas bagi menjelaskan lagi perkataan dalam pembacaan Iqra.

Studio JAV di sini sering digunakan sebagai tempat editing audio mahupun visual. menggunakan teknik digital sepenuhnya, segala kerja mampu dilaksanakan dengan cepat dan cekap. di sini jugalah editing untuk minus one lagu tema merdeka ke 51 dibuat untuk kegunaan ketika bekerja dan kemudian dibenarkan download oleh semua yang berminat. ternyata lagu itu mendapat sambutan.

Thanks kat brader Kamal sebab sudi datang untuk buat rakaman tersebut.

Bertugas Di Permatang Pauh


Rabu 20 Ogos 08 - Pemain No. 1 Negara Lee Chong Wei telah pun memenangi pingat perak pada sukan Olimpik Beijing baru-baru ini. Beliau tidak berjaya mengalahkan Lin Dan kerana Lin Dan dibekalkan semangat penyokong selain bermain di sarang sendiri.

Satu majlis penyerahan cek bernilai RM300 ribu telah diadakan di Permatang Pauh kerana Lee Chong Wei merupakan anak kelahiran di sana. Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri.

Turut hadir adalah jurulatih terkenal Datuk Misbun Sidek. Aku macam biasa petugas media hadir ke sana. Aku sempat bergambar dengan Datuk Misbun Sidek tetapi tidak sempat bergambar dengan Lee Chong Wei kerana ramai sangat yang nak bergambar dengan beliau.

Majlis itu agak kurang dihadiri oleh orang ramai kerana ketika itu merupakan pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Majlis Berbuka Puasa, Bantuan Kepada Orang Miskin dan Anak Yatim

Jumaat 12 Sept 08 - Satu Majlis Penyerahan bantuan kepada Orang Miskin dan Anak-anak Yatim telah diadakan di Perkarangan Masjid Al-Aula Simpang 4 Hutan Melintang Teluk Intan Perak. Majlis itu telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan dihadiri oleh Penduduk setempat seramai lebih 1000 orang.

Bantuan telah ditaja oleh YAPEIM dan Tabung TV3 Bersamamu. Turut hadir adalah Ketua-ketua Jabatan, Pegawai Kerajaan, Ketua Pegawai Eksekutif TV3 bersama krew dan Personaliti-personaliti terkenal.

Pada hari tersebut, aku macam biasa bertugas Audio Man untuk sepanjang Majlis tersebut yang bermula pada 3 petang hingga Solat Maghrib. Apa yang menyedihkan ialah aku dan kawan aku tidak dijemput oleh Pihak Pengurusan Majlis untuk berbuka puasa. Aku tunggu sehingga tinggal 5 minit untuk berbuka puasa namun hampa tidak juga di jemput.

Aku mengambil langkah untuk mencari meja yang kosong. nampaklah satu meja kosong di tempat Anak-anak Yatim makan, tidak disangka rupa-rupanya Personaliti TV3 iaitu Zainal Ariffin (Jejak Rasul,Misteri Nusantara) belum juga ada meja. Ditakdirkan kami makan bersama-sama. Wartawan YAPEIM pun makan sama dengan aku. Malam itu aku diselubungi misteri kerana aku menjadi popular sekejap kerana berbuka puasa dengan orang popular.

Aku sempat bergambar dengan Abang Zainal ni dan minta izin supaya dapat masukkan gambar beliau dalam blog aku ni. Apepun tiada ucapan terima kasih daripada pihak pengurusan majlis. kesal sungguh!

Tuesday, December 2, 2008

test je..

Pada satu hari, Pak Ali pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Apabila lalu kat kawasan tasik, Pak Ali tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali.

Pari Pari: Kenapa dengan kau?

Pak Ali: Kapak aku terjatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Tidak, kapak aku buruk sahaja.

Pari pari pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Pari Pari: Inikah kapak kamu?

Pak Ali: Ya, itulah kapak buruk aku.

Pari Pari Tasik suka sikap Pak Ali yang jujur itu lalu memberikan ketiga-tiga kapak itu kepadanya.

Pada hari lain pulak. Pak Ali berjalan di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye pulak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Ali susah hati. Maka datanglah Pari Pari Tasik kepada Pak Ali..

Pari Pari: Kenapa kau bersedih?

Pak Ali: Isteriku jatuh ke dalam tasik.

Pari Pari pun menyelam dan kembali bersama Angelina Jolie.

Pari Pari: Inikah isteri kau?

Sambil menangis Pak Ali menjawab... "ya, itulah isteriku..."

Pari Pari pun marah, "Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi tamak".

Sambil menahan pilu Pak Ali menjawab, "Aku bukan tamak, kalau aku kata 'tidak' pada Angelina Jolie... kau akan bawakan pula Pamela Lee...kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku...bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka bertiga padaku...". Aku yang miskin ni tak mampu tanggung mereka semua"..

(dipetik dari syok.org sebagai cerita teladan)

topik hangat

1) Pameran Foto dan Pelancaran Buku Sebutir Permata Di Atas Takhta: Pemerintahan 25 Tahun Sultan Azlan Shah. Klik Sini

2) Kenaikan Pangkat Secara Automatik Selepas 15 Tahun Berkhidmat. Klik Sini

3) Kursus Fully Audio System Jabatan Penerangan Perak. Klik Sini


JAV Blog List

Carian Mudah Dan Pantas