Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua pengunjung dan khasnya JAV-JAV Malaysia. Tujuan blog ini dibuat adalah untuk mengisi sedikit maklumat dan aktiviti JAV Hilir Perak untuk dikongsi bersama. Jika anda mempunyai sebarang info menarik, anda bolehlah email kepada kami di msi@inform.gov.my

Pada Pendapat Anda, Apakah Gred yang paling wajar untuk Juruaudio Visual N17?


Tuesday, August 4, 2009

Pameran Foto dan Pelancaran Buku Sebutir Permata Di Atas Takhta: Pemerintahan 25 Tahun Sultan Azlan Shah

SULTAN Perak, Sultan Azlan Shah berkenan menyempurnakan perasmian Pameran Foto dan Pelancaran Buku Sebutir Permata Di Atas Takhta: Pemerintahan 25 Tahun Sultan Azlan Shah di Ipoh, semalam.

Program anjuran Berita Nasional Malaysia (Bernama) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan Arkib Negara itu mempamerkan gambar-gambar ketika baginda menjadi Ketua Hakim Negara sehingga ditabalkan sebagai Sultan Perak.

Ia juga mengandungi gambar-gambar berkaitan penglibatan baginda dalam sukan hoki terutama ketika menjawat jawatan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (1975-2004).

Tidak ketinggalan gambar-gambar berkaitan latar belakang dan sejarah Kesultanan Perak.

Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Permaisuri, Tuanku Bainun; Raja Muda, Raja Dr. Nazrin Shah, isteri baginda, Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim; Raja Dihilir, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah serta kerabat diraja lain.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir serta isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Pengerusi Bernama, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini.

Pameran percuma selama lima hari bermula semalam di Dewan Bandaraya Ipoh tersebut dibuka kepada orang ramai dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.


topik hangat

1) Pameran Foto dan Pelancaran Buku Sebutir Permata Di Atas Takhta: Pemerintahan 25 Tahun Sultan Azlan Shah. Klik Sini

2) Kenaikan Pangkat Secara Automatik Selepas 15 Tahun Berkhidmat. Klik Sini

3) Kursus Fully Audio System Jabatan Penerangan Perak. Klik Sini


JAV Blog List

Carian Mudah Dan Pantas