Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua pengunjung dan khasnya JAV-JAV Malaysia. Tujuan blog ini dibuat adalah untuk mengisi sedikit maklumat dan aktiviti JAV Hilir Perak untuk dikongsi bersama. Jika anda mempunyai sebarang info menarik, anda bolehlah email kepada kami di msi@inform.gov.my

Pada Pendapat Anda, Apakah Gred yang paling wajar untuk Juruaudio Visual N17?


Wednesday, March 25, 2009

Perhimpunan Sivik : Sifat Keperibadian Rasulullah S.A.W.

22 Mac 2009 : Perhimpunan Sivik anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Hilir Perak kali ini bertajuk Keperibadian Rasulullah S.A.W. dan Kita Mencontohinya Dalam Kehidupan Masa Kini. Perhimpunan ini berlangsung di rumah Tuan Haji Ehsan di Kg Keluarga, Selabak, Teluk Intan Perak.

Keperibadian Rasulullah S.A.W. jika mampu diikuti akan menjadikan kita mudah untuk melakukan tugas seharian tidak kira sedang berkerja ataupun di rumah. Menyentuh situasi masa kini, politik bergelora kerana kita hari ini tidak mengambil pendekatan bagaimana keperibadian Rasulullah S.A.W. dalam mentadbir sesebuah kerajaan. Ini dapat dilihat apabila Umno dan Pas masing-masing hanya merebut kemenangan dunia dan tidak pula untuk dunia dan akhirat.

Bagaimana Rasulullah meluaskan empayar Islam ketika itu, Baginda tidak pula menyalahkan institusi Beraja dan Kesultanan di beberapa negara. Hasilnya pada zaman itu, Kesemua Raja dan Sultan di tempat Baginda menyebarkan Agama Islam telah memeluk Islam dengan rela hati. Ini kerana keperibadian Rasulullah S.A.W. memberikan contoh bagaimana sesuatu perkara itu pasti membuahkan hasil jika dilakukan kerana Allah S.W.T.

Perhimpunan Sivik ini telah berjaya menghimpunkan lebih kurang 70 orang penduduk kampung. Ceramah bermula pukul 3 petang dan berakhir pukul 6 petang. Aku ditugaskan sebagai juru audio untuk memastikan ceramah ini berjaya dan memuaskan hati pendengar. Aku hanya menggunakan Column Speaker b/i amp iaitu hanya sebatang speaker dan satu mic AKG.

Untuk pengetahuan, Majlis kecil dan dibuat pula di rumah hanya perlu power yang kecil. Mic SM58 memerlukan kuasa yang lebih berbanding Mic AKG. So aku pakai alat siaraya yang voltan kecil kerana ia akan pastikan aliran audio yang jelas dan berfrekuensi jauh.

Wednesday, March 18, 2009

Kursus Pengurusan Jenazah dan Ceramah Zakat

Pada 17 Mac 2009 telah berlangsung satu Kursus Pengurusan Jenazah dan Ceramah Zakat di Masjid Selekoh Bagan Datoh Perak. Kursus ini mendedahkan mengenai pengurusan jenazah dalam pelbagai situasi samada cara biasa, darurat, dilanda penyakit dan sebagainya.

Kursus ini dimulakan dengan sesi ceramah pada jam 9 pagi kemudian sesi minum pagi. Selepas itu sesi praktikal dimulakan. Pelbagai persoalan kini terjawab mengenai kekeliruan, kesilapan dan segala pengetahuan pengurusan Jenazah. Gambar di atas bukanlah jenazah sebenar sebaliknya seorang budak sekolah maklumlah sekarang ni cuti sekolah. Beliau di beri saguhati kerana rela menjadi model jenazah.

Pada sebelah petang berlangsung ceramah zakat. Segala persoalaan mengenai pembayaran zakat harta, perniagaan, pertanian, emas dan sebagainya terjawab dan tidak lagi rasa tertanya-tanya oleh peserta yang terlibat.

Berikut beberapa gambar mengenai kursus pengurusan jenazah :



Majlis Sambutan Maulidur Rasul Kg Kota Hutan Melintang

Pada 15 Mac 2009 telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul Kg Kota Hutan Melintang Perak. Majlis ini bermula selepas Isyak dengan dimulakan dengan Selawat Ke Atas Rasulullah S.A.W. Kemudian dengan sesi Ceramah Sambutan Maulidur Rasul. Antara isi ceramah adalah mengenai Kehidupan kini dan sifat Rasulullah yang perlu kita ikuti supaya tidak mudah terjebak dengan gejala tidak sihat.

Selepas itu majlis diteruskan dengan jamuan makan malam. Makan malam disediakan sendiri oleh orang-orang kampung. Ternyata masakan kampung sungguh berbeza dan sedap. Majlis ini dianjurkan oleh JKK Kampung dan Jabatan Penerangan Hilir Perak.

Aku dan Asrul ditugaskan sebagai audio sistem untuk majlis ini. tanpa audio, sesuatu majlis akan musnah dan tidak menyeronokkan!

Tips : biasanya majlis ceramah tidak memerlukan sistem audio yang hebat. cuma perlu hon speaker sebagai perantara audien dan speaker 300 watt sebagai pelengkap suasana.

Program Pencegahan Jenayah dan Kebakaran

Pada 14 Mac 2009 telah berlangsung Majlis Program Pencegahan Jenayah dan Kebakaran di Taman Teluk Intan anjuran KRT Antek Avenue dan Jabatan Perpaduan Hilir Perak. Program ini bertujuan memberi kesedaran dan panduan mengenai Keselamatan seharian.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Hilir Perak. Aku dan kawan-kawan sekali lagi bertugas mengendalikan sebagai audio sistem. Majlis ini dijayakan dengan sempurna oleh semua pihak yang terlibat.

Tips : kalau majlis seperti ini hanya menggunakan bekalan kuasa (power supply) rumah kediaman biasa, kita hanya perlu pakai speaker 250watt ke bawah sahaja sebagai penyeri suara dan ditambah column speaker sebagai high dan mid.

Tuesday, March 10, 2009

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan



Pada 9 Mac 2009, sekali lagi Unit dan JAV Hilir Perak dipilih untuk bertugas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Seramai lebih 100 ribu orang ramai menyertai perarakan ini sehinggakan dataran Merdeka tidak muat.

Perarakan ini bermula seawal jam 6.30pagi. Unit Jabatan Penerangan ditugaskan memainkan Selawat Nabi berselang seli dengan perarakan untuk menyemarakkan lagi Sambutan ini. Perarakan ini disertai oleh semua Agensi Kerajaan, Swasta dan orang ramai.

Semua JAV berkumpul mendengar taklimat bermula 6 Mac 09 di Jabatan Penerangan Malaysia Sime Darby Kuala Lumpur, diikuti raptai pada hari sabtu dan ahad. Sebanyak 12 unit dari Jabatan Penerangan Semenanjung Malaysia ditugaskan.

Tuesday, March 3, 2009

Penyerahan Kad JKSM oleh Pak Lah




Pada 25 Feb 2009 bertempat di Arena Square Teluk Intan telah berlangsung Majlis Penyerahan Kad JKSM oleh YAB Perdana Menteri Malaysia kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia.

Kad ini sangat fleksibel dimana ia memudahkan urusan pemberian bantuan dan tidak berlaku penerima bantuan tercicir.

Majlis ini dihadiri oleh rakyat Negeri Perak melebihi kehadiran seramai 20 ribu orang. turut memeriahkan majlis adalah pameran-pameran Jualan IKS dan Jabatan-jabatan Kerajaan.

Aku ditugaskan sebagai memastikan lagu Kebangsaan Negaraku dimainkan dengan baik dan betul supaya tidak berlaku kesilapan memainkan lagu. Aku juga ditugaskan membekal CD Negaraku kepada pihak penganjur.

Monday, March 2, 2009

Program Larian Kemanusiaan Palestin 2009




28 Feb. 2009 bertempat di Dataran Menara Condong Teluk Intan telah berlangsung Program Larian Kemanusiaan Palestin 2009. Program ini bertujuan memberi sokongan kepada Perjuangan Negara Palestin disamping mengumpul derma untuk penduduk Gaza Palestin.

Program ini melibatkan 100 orang pelajar berjalan mengelilingi bandar Teluk Intan dengan membawa sepanduk dan banner sokongan Palestin dan penentangan kepada israel. Pelepasan dilakukan oleh wakil Tuan Pegawai Daerah Hilir Perak.

Acara lain melibatkan persembahan kugiran dari KC Group Sungai Manik diikuti cabutan bertuah. Peserta bertuah menerima hadiah hamper untuk banner dan sepanduk tercantik dan terbaik.


topik hangat

1) Pameran Foto dan Pelancaran Buku Sebutir Permata Di Atas Takhta: Pemerintahan 25 Tahun Sultan Azlan Shah. Klik Sini

2) Kenaikan Pangkat Secara Automatik Selepas 15 Tahun Berkhidmat. Klik Sini

3) Kursus Fully Audio System Jabatan Penerangan Perak. Klik Sini


JAV Blog List

Carian Mudah Dan Pantas