Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua pengunjung dan khasnya JAV-JAV Malaysia. Tujuan blog ini dibuat adalah untuk mengisi sedikit maklumat dan aktiviti JAV Hilir Perak untuk dikongsi bersama. Jika anda mempunyai sebarang info menarik, anda bolehlah email kepada kami di msi@inform.gov.my

Pada Pendapat Anda, Apakah Gred yang paling wajar untuk Juruaudio Visual N17?


Showing posts with label Tugas ASR. Show all posts
Showing posts with label Tugas ASR. Show all posts

Monday, September 7, 2009

Majlis Penyerahan Sumbangan Bantuan kepada Anak Yatim, Orang tua, Duda dan Janda sempena Raya AidilFitri 2009



Pada Jumaat yang lalu sekali lagi aku dengan asrol bertugas PA sistem majlis berbuka puasa. Sama seperti tahun lepas, tempat yang sama, orang yang sama, waktu yang sama, majlis ini semakin meriah dengan bantuan yang banyak.

kelemahan bunyi audio pada tahun lalu dah berjaya di atasi pada kali ini, tahun lepas ade le orang komplen sikit2. kali ini kitorang dah kaji baik2 camne nak kasi full audio dengan penggunaan kelengkapan yang tak berapa lengkap.

Kelemahan kelemahan yang kitorang alami adalah power supply. So, kali ini soundcraff mixer tu pakai 1 point supply 15 amp ambik aircond punye ( aku dah pegi praktikal & kursus tab 3 pins... huhuhu.. ). pastu setelah setahun kembali dari kursus audio di IPTAR RTM, aku dah tau cara-cara mengatasi masalah-masalah selama ni.

point supply ke 2 adalah untuk dua lagi power amp dan 2 DVD player. Ternyata kali ni mixer gedabak tu x panas baran lagi. susunan speaker ikut spec yang sebenar, dan benar-benar berkesan memenuhi semua ruang majlis. Bacaan Tahlil pun kitorang bagi kesan effect supaya merdu sikit suara pak imam tersebut( effet tersebut dirahsiakan ).

Susunan speaker di susun mengikut keupayaan DB dan frekuensi speaker tersebut. Cara ni memang berkesan tapi banyak le keje sikit, macam hari tu majlis MB bersama Rakyat memerlukan 12 biji speaker untuk dalam dewan je, sebabnya kesan2 akustik yang pelbagai. tapi hasilnya, ramai le tunjuk logo tangan kacang cap ngan yin le tanda bagus...

Kali ini buat pertama kalinya, segala function dalam bulan Ramadhan dimeriahkan dengan semua lagu ramadhan. Terdapat 30 lagu ramadhan yang menarik dan sedap. Di tambah pula dengan instrumental nasyid rohani.

Mungkin ada yang bengan kat aku sebab sejak akhir2 ni aku bertegas sikit, power supply kurang je aku tak pasang PA sistem ataupun pasang speaker sebiji je.. biar diorang tau.. selalu diorang komplen bunyi humming dan buzzing, itu semua berpunca current electric tak cukup. kali ni semua bunyi audio solid, semua lagu-lagu dirakam,diedit semua ikut Bit rate yang sebenar. Kiranya kitorang keje ikut cara paling proffesional.

Thursday, September 3, 2009

Sambutan Merdeka Peringkat Daerah Hilir Perak



Semalam JAV Hilir Perak dengan bantuan JAV Perak Tengah telah bersatu menjayakan majlis sambutan Kemerdekaan di Arena Square di mana majlis ini menyambut berbuka puasa bersama orang2 kampung, anak2 istimewa, warga emas, orang kurang upaya dimeriahkan lagi dengan adanya YB ADUN Rungkup, DO dan YDP.

Kitorang sebenarnya tak bersedia keadaan sebenarnya majlis tersebut sebab kitorang diberitahu ia hanya simple2 belaka. kehadiran 1000 ++. Terdapat kecacatan iaitu amplifier Perak Tengah berjenama Crown ( EV package) tak disetting betul2, maka berlaku delay skit je. nasib baik dia punye aku letak kat belakang sekali.

Masalah seterusnya adalah kelambatan pihak penghibur, iaitu pemain2 alat muzik. Dah lah masa raptai tak datang, pastu kitorang suruh try main satu lagu pun x nak! rahsia konon... tapi vokal band tu best suara mcm yuna beb!! aku bedal jelah instrumen tu... ikut kan je le pengalaman yang ade... alhamdulillah... DO dan Bos aku kata orait!!! semua clear!! semua berjalan lancar dan kitorang pun selamat menjamu selera dengan enaknya... layan...


Tuesday, August 4, 2009

Pameran Foto dan Pelancaran Buku Sebutir Permata Di Atas Takhta: Pemerintahan 25 Tahun Sultan Azlan Shah

SULTAN Perak, Sultan Azlan Shah berkenan menyempurnakan perasmian Pameran Foto dan Pelancaran Buku Sebutir Permata Di Atas Takhta: Pemerintahan 25 Tahun Sultan Azlan Shah di Ipoh, semalam.

Program anjuran Berita Nasional Malaysia (Bernama) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan Arkib Negara itu mempamerkan gambar-gambar ketika baginda menjadi Ketua Hakim Negara sehingga ditabalkan sebagai Sultan Perak.

Ia juga mengandungi gambar-gambar berkaitan penglibatan baginda dalam sukan hoki terutama ketika menjawat jawatan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (1975-2004).

Tidak ketinggalan gambar-gambar berkaitan latar belakang dan sejarah Kesultanan Perak.

Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Permaisuri, Tuanku Bainun; Raja Muda, Raja Dr. Nazrin Shah, isteri baginda, Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim; Raja Dihilir, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah serta kerabat diraja lain.

Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir serta isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Pengerusi Bernama, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini.

Pameran percuma selama lima hari bermula semalam di Dewan Bandaraya Ipoh tersebut dibuka kepada orang ramai dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.

Wednesday, March 25, 2009

Perhimpunan Sivik : Sifat Keperibadian Rasulullah S.A.W.

22 Mac 2009 : Perhimpunan Sivik anjuran Jabatan Penerangan Malaysia Daerah Hilir Perak kali ini bertajuk Keperibadian Rasulullah S.A.W. dan Kita Mencontohinya Dalam Kehidupan Masa Kini. Perhimpunan ini berlangsung di rumah Tuan Haji Ehsan di Kg Keluarga, Selabak, Teluk Intan Perak.

Keperibadian Rasulullah S.A.W. jika mampu diikuti akan menjadikan kita mudah untuk melakukan tugas seharian tidak kira sedang berkerja ataupun di rumah. Menyentuh situasi masa kini, politik bergelora kerana kita hari ini tidak mengambil pendekatan bagaimana keperibadian Rasulullah S.A.W. dalam mentadbir sesebuah kerajaan. Ini dapat dilihat apabila Umno dan Pas masing-masing hanya merebut kemenangan dunia dan tidak pula untuk dunia dan akhirat.

Bagaimana Rasulullah meluaskan empayar Islam ketika itu, Baginda tidak pula menyalahkan institusi Beraja dan Kesultanan di beberapa negara. Hasilnya pada zaman itu, Kesemua Raja dan Sultan di tempat Baginda menyebarkan Agama Islam telah memeluk Islam dengan rela hati. Ini kerana keperibadian Rasulullah S.A.W. memberikan contoh bagaimana sesuatu perkara itu pasti membuahkan hasil jika dilakukan kerana Allah S.W.T.

Perhimpunan Sivik ini telah berjaya menghimpunkan lebih kurang 70 orang penduduk kampung. Ceramah bermula pukul 3 petang dan berakhir pukul 6 petang. Aku ditugaskan sebagai juru audio untuk memastikan ceramah ini berjaya dan memuaskan hati pendengar. Aku hanya menggunakan Column Speaker b/i amp iaitu hanya sebatang speaker dan satu mic AKG.

Untuk pengetahuan, Majlis kecil dan dibuat pula di rumah hanya perlu power yang kecil. Mic SM58 memerlukan kuasa yang lebih berbanding Mic AKG. So aku pakai alat siaraya yang voltan kecil kerana ia akan pastikan aliran audio yang jelas dan berfrekuensi jauh.

Wednesday, March 18, 2009

Majlis Sambutan Maulidur Rasul Kg Kota Hutan Melintang

Pada 15 Mac 2009 telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul Kg Kota Hutan Melintang Perak. Majlis ini bermula selepas Isyak dengan dimulakan dengan Selawat Ke Atas Rasulullah S.A.W. Kemudian dengan sesi Ceramah Sambutan Maulidur Rasul. Antara isi ceramah adalah mengenai Kehidupan kini dan sifat Rasulullah yang perlu kita ikuti supaya tidak mudah terjebak dengan gejala tidak sihat.

Selepas itu majlis diteruskan dengan jamuan makan malam. Makan malam disediakan sendiri oleh orang-orang kampung. Ternyata masakan kampung sungguh berbeza dan sedap. Majlis ini dianjurkan oleh JKK Kampung dan Jabatan Penerangan Hilir Perak.

Aku dan Asrul ditugaskan sebagai audio sistem untuk majlis ini. tanpa audio, sesuatu majlis akan musnah dan tidak menyeronokkan!

Tips : biasanya majlis ceramah tidak memerlukan sistem audio yang hebat. cuma perlu hon speaker sebagai perantara audien dan speaker 300 watt sebagai pelengkap suasana.

Program Pencegahan Jenayah dan Kebakaran

Pada 14 Mac 2009 telah berlangsung Majlis Program Pencegahan Jenayah dan Kebakaran di Taman Teluk Intan anjuran KRT Antek Avenue dan Jabatan Perpaduan Hilir Perak. Program ini bertujuan memberi kesedaran dan panduan mengenai Keselamatan seharian.

Majlis ini telah dirasmikan oleh Ketua Polis Daerah Hilir Perak. Aku dan kawan-kawan sekali lagi bertugas mengendalikan sebagai audio sistem. Majlis ini dijayakan dengan sempurna oleh semua pihak yang terlibat.

Tips : kalau majlis seperti ini hanya menggunakan bekalan kuasa (power supply) rumah kediaman biasa, kita hanya perlu pakai speaker 250watt ke bawah sahaja sebagai penyeri suara dan ditambah column speaker sebagai high dan mid.

Tuesday, March 10, 2009

Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan



Pada 9 Mac 2009, sekali lagi Unit dan JAV Hilir Perak dipilih untuk bertugas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Seramai lebih 100 ribu orang ramai menyertai perarakan ini sehinggakan dataran Merdeka tidak muat.

Perarakan ini bermula seawal jam 6.30pagi. Unit Jabatan Penerangan ditugaskan memainkan Selawat Nabi berselang seli dengan perarakan untuk menyemarakkan lagi Sambutan ini. Perarakan ini disertai oleh semua Agensi Kerajaan, Swasta dan orang ramai.

Semua JAV berkumpul mendengar taklimat bermula 6 Mac 09 di Jabatan Penerangan Malaysia Sime Darby Kuala Lumpur, diikuti raptai pada hari sabtu dan ahad. Sebanyak 12 unit dari Jabatan Penerangan Semenanjung Malaysia ditugaskan.

Tuesday, March 3, 2009

Penyerahan Kad JKSM oleh Pak Lah




Pada 25 Feb 2009 bertempat di Arena Square Teluk Intan telah berlangsung Majlis Penyerahan Kad JKSM oleh YAB Perdana Menteri Malaysia kepada penerima bantuan Jabatan Kebajikan Malaysia.

Kad ini sangat fleksibel dimana ia memudahkan urusan pemberian bantuan dan tidak berlaku penerima bantuan tercicir.

Majlis ini dihadiri oleh rakyat Negeri Perak melebihi kehadiran seramai 20 ribu orang. turut memeriahkan majlis adalah pameran-pameran Jualan IKS dan Jabatan-jabatan Kerajaan.

Aku ditugaskan sebagai memastikan lagu Kebangsaan Negaraku dimainkan dengan baik dan betul supaya tidak berlaku kesilapan memainkan lagu. Aku juga ditugaskan membekal CD Negaraku kepada pihak penganjur.

Monday, March 2, 2009

Program Larian Kemanusiaan Palestin 2009




28 Feb. 2009 bertempat di Dataran Menara Condong Teluk Intan telah berlangsung Program Larian Kemanusiaan Palestin 2009. Program ini bertujuan memberi sokongan kepada Perjuangan Negara Palestin disamping mengumpul derma untuk penduduk Gaza Palestin.

Program ini melibatkan 100 orang pelajar berjalan mengelilingi bandar Teluk Intan dengan membawa sepanduk dan banner sokongan Palestin dan penentangan kepada israel. Pelepasan dilakukan oleh wakil Tuan Pegawai Daerah Hilir Perak.

Acara lain melibatkan persembahan kugiran dari KC Group Sungai Manik diikuti cabutan bertuah. Peserta bertuah menerima hadiah hamper untuk banner dan sepanduk tercantik dan terbaik.

Wednesday, February 18, 2009

Anderson 100 Tahun : 1909-2009



Pada 16 Feb 09 yang lalu, berlangsung Majlis gilang gemilang sambutan Sekolah Anderson 100 tahun. Majlis ini telah disempurnakan oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah Ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Sultan dan Ketua Pemerintah Negeri Perak Darul Ridzuan. Turut hadir DYMM Raja Permaisuri Bainun, Raja Di Hilir dan Isteri, Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry, bekas Menteri Besar Datuk Seri Tajol Rosli dan Kenamaan yang juga Andersonian Anderson School seperti Dato Lat pelukis Kampung Boy yang cukup terkenal di merata dunia.

Majlis ini dimulakan dengan perbarisan pelajar-pelajar sekolah diikuti ikrar Andersonians dan diikuti Titah Perkenan Sultan Perak. Seterusnya pertunjukan penerjunan bebas tentera yang juga Andersonians membawa bendera Anderson 100 tahun. Lawatan Sultan Perak ke bahagian pameran. Apa yang menarik sekali adalah pameran oleh pelukis terkenal Dato Lat. Majlis ini merupakan sebahagian daripada sambutan Jubli Perak Pemerintahan Paduka Seri Sultan Perak.

sumber : adik4ever.co.cc

Sunday, January 11, 2009

Majlis Sambutan Hari Rela Ke 37 Peringkat Kebangsaan


11 Januari 09, di Mini Stadium Majlis Perbandaran Manjung, Bandar Seri Manjung Perak telah diadakan Majlis Sambutan Hari Rela Ke 37 peringkat kebangsaan dan dirasmikan oleh YB Dato' Seri Syed Hamid Bin Syed Jaafar Albar Menteri Dalam Negeri.

Majlis bermula dengan ketibaan YB Menteri Dalam Negeri diikuti Tabik Hormat dan memeriksa perbarisan kehormat RELA. Diteruskan dengan Persembahan Padang seperti Kawad dan Pentomen. Berikutnya Ucapan Oleh Ketua Pengarah Rela dan kemuncak Perasmian oleh YB Menteri Dalam Negeri diikuti gimik mini helikopter yang akan digunakan oleh RELA.

Turut diadakan ialah penyampaian sijil penghargaan kepada Ahli-ahli RELA yang bertugas sejak sekian lama dan penganugerahan pangkat kepada beberapa Ketua RELA setempat.

Majlis ini berjalan lancar dan aku sebagai JAV menjalankan tugas audio bersama rakan-rakan untuk memastikan segalanya sempurna. Kehadiran adalah lebih 10 ribu ahli RELA dan orang ramai. JAV Malaysia Bersatu Hati!

Tuesday, December 30, 2008

Majlis Perasmian Pejabat Kemajuan Daerah Hilir Perak

30 Dec 2008- Teluk Intan : Satu majlis perasmian Pejabat Kemajuan Daerah Hilir Perak dan Batang Padang telah dilangsungkan di hadapan Pejabat tersebut di Taman Melor Teluk Intan. Pejabat ini yang dikenali ICU merupakan agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri berfungsi menyampaikan segala bentuk perancangan dan perbelanjaan daripada Kerajaan Persekutuan terus kepada rakyat dan Jabatan-jabatan Persekutuan Daerah.

Kehadiran seramai hampir 1000 orang adalah terdiri dari kalangan Pengerusi JKKP dan penduduk kampung. Majlis ini dihadiri oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Dato Seri Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi sebagai Perasmi Pejabat Kemajuan Daerah Hilir Perak dan Batang Padang.

Terima kasih kepada JAV yang membantu aku iaitu Tuan Syed dari Ipoh dan Ustaz dari Manjung. Kapasiti Audio adalah memuaskan.

Kempen Keselamatan Jalan Raya


27 Dec 08 satu majlis Kempen Keselamatan Jalan Raya telah diadakan di Perkarangan Bangunan Umno Bagan Datoh Hutan Melintang Perak. Majlis ini bertujuan menyeru semua penduduk sekitar menggunakan topi keledar dengan selamat. Justeru semua penduduk yang mempunyai topi keledar yang tidak selamat boleh menukar kepada yang baru secara percuma dengan mendapatkan kupon JKJR. setelah menukar semua topi keledar tersebut, satu gimik menghapuskan topi keledar lama diadakan. Semua yang hadir berpeluang mendapatkan stiker klik tali pinggang belakang.

Sambutan Aidil Adha dan Kuiz Masihkah Kau Ingat..

Satu majlis Sambutan Aidiladha dan Kuiz Masihkah Kau Ingat telah diadakan pada 21 Desember 2008 yang lalu. Majlis ini dirasmikan oleh YB Zainol Padzi Adun Sg Manik. Majlis ini turut menyelitkan penyerahan bantuan kepada pelajar kurang berkemampuan untuk bersekolah pada tahun hadapan.

Kehadiran seramai 500 orang penduduk kampung dan JKKKP dan JKKKN. majlis ini diadakan di dewan Kemas Kg Degong. Kuiz terbuka turut diadakan kepada golongan dewasa dan ternyata mendapat sambutan hangat.

semoga Kuiz seperti ini diadakan lagi untuk masa-masa akan datang. aku pun turut berminat. JAV bertugas hanya seorang sahaja kerana seorang lagi cuti rehat.

Monday, December 15, 2008

Bertugas Di Permatang Pauh


Rabu 20 Ogos 08 - Pemain No. 1 Negara Lee Chong Wei telah pun memenangi pingat perak pada sukan Olimpik Beijing baru-baru ini. Beliau tidak berjaya mengalahkan Lin Dan kerana Lin Dan dibekalkan semangat penyokong selain bermain di sarang sendiri.

Satu majlis penyerahan cek bernilai RM300 ribu telah diadakan di Permatang Pauh kerana Lee Chong Wei merupakan anak kelahiran di sana. Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri.

Turut hadir adalah jurulatih terkenal Datuk Misbun Sidek. Aku macam biasa petugas media hadir ke sana. Aku sempat bergambar dengan Datuk Misbun Sidek tetapi tidak sempat bergambar dengan Lee Chong Wei kerana ramai sangat yang nak bergambar dengan beliau.

Majlis itu agak kurang dihadiri oleh orang ramai kerana ketika itu merupakan pilihan raya kecil Permatang Pauh.

Majlis Berbuka Puasa, Bantuan Kepada Orang Miskin dan Anak Yatim

Jumaat 12 Sept 08 - Satu Majlis Penyerahan bantuan kepada Orang Miskin dan Anak-anak Yatim telah diadakan di Perkarangan Masjid Al-Aula Simpang 4 Hutan Melintang Teluk Intan Perak. Majlis itu telah disempurnakan oleh YB Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan dihadiri oleh Penduduk setempat seramai lebih 1000 orang.

Bantuan telah ditaja oleh YAPEIM dan Tabung TV3 Bersamamu. Turut hadir adalah Ketua-ketua Jabatan, Pegawai Kerajaan, Ketua Pegawai Eksekutif TV3 bersama krew dan Personaliti-personaliti terkenal.

Pada hari tersebut, aku macam biasa bertugas Audio Man untuk sepanjang Majlis tersebut yang bermula pada 3 petang hingga Solat Maghrib. Apa yang menyedihkan ialah aku dan kawan aku tidak dijemput oleh Pihak Pengurusan Majlis untuk berbuka puasa. Aku tunggu sehingga tinggal 5 minit untuk berbuka puasa namun hampa tidak juga di jemput.

Aku mengambil langkah untuk mencari meja yang kosong. nampaklah satu meja kosong di tempat Anak-anak Yatim makan, tidak disangka rupa-rupanya Personaliti TV3 iaitu Zainal Ariffin (Jejak Rasul,Misteri Nusantara) belum juga ada meja. Ditakdirkan kami makan bersama-sama. Wartawan YAPEIM pun makan sama dengan aku. Malam itu aku diselubungi misteri kerana aku menjadi popular sekejap kerana berbuka puasa dengan orang popular.

Aku sempat bergambar dengan Abang Zainal ni dan minta izin supaya dapat masukkan gambar beliau dalam blog aku ni. Apepun tiada ucapan terima kasih daripada pihak pengurusan majlis. kesal sungguh!

topik hangat

1) Pameran Foto dan Pelancaran Buku Sebutir Permata Di Atas Takhta: Pemerintahan 25 Tahun Sultan Azlan Shah. Klik Sini

2) Kenaikan Pangkat Secara Automatik Selepas 15 Tahun Berkhidmat. Klik Sini

3) Kursus Fully Audio System Jabatan Penerangan Perak. Klik Sini


JAV Blog List

Carian Mudah Dan Pantas