Assalamualaikum dan salam 1Malaysia kepada semua pengunjung dan khasnya JAV-JAV Malaysia. Tujuan blog ini dibuat adalah untuk mengisi sedikit maklumat dan aktiviti JAV Hilir Perak untuk dikongsi bersama. Jika anda mempunyai sebarang info menarik, anda bolehlah email kepada kami di msi@inform.gov.my

Pada Pendapat Anda, Apakah Gred yang paling wajar untuk Juruaudio Visual N17?


Thursday, July 16, 2009

Surat Ke Taklimat Kumpulan Sokongan 1 dan 2 bagi perkhidmatan 15 tahun dan lebih

Aku tadi terbaca surat ni, tapi takde satu pun nama JAV-JAV otai ni. Tertanya-tanya jugak aku. Kebanyakkan yang terpanggil adalah kalangan PAP. Aku pun berfikir sejenak.... barulah aku tau JAV ni jawatan baru wujud sekitar hujung 90an gak le. So kalau ikutkan kiraan tahun memang tak sampai 15 tahun le JAV ni.

Memang diorang ni keje dah lama tapi diorang ni ada yang pernah jadi MCO, DOWG dan JAV. So Jawatan tu berubah-ubah. Memang macam takde harapan je nak naik jawatan automatik ni. Maybe JAV-JAV yang baru sekarang ni yang akan melalui saat kenaikan pangkat selepas 15 tahun itupun kalau ade lagi peraturan tu lagi 10 tahun akan datang. JAV-JAV otai sekarang ni memang tak nampak sinar le nak naik pangkat yang sangat terhad ni. Diorang ni lebih kurang tahun 2016 akan berpencen.

Kita tunggu dan lihat, adakah JAV masih punya harapan untuk naik pangkat? PTK dah dapat IV dua tiga kali, interview pun dah, nak naik pangkat je belum. Samada tunggu N22 yang ada pencen, option ataupun meninggal dunia.

Mungkinkah selepas tahun 2016 nanti, satu era baru JAV berlaku? Yang membina masa depan tersebut adalah JAV-JAV sekarang ni. Mungkinkah JAV J17 menjadi kenyataan pada masa tersebut? Mengikut undian pada blog ni, semua nak J17. Tapi aku dengar khabar angin yang kuat bergelora, JAV nak dimasukkan ke S17. Apakah rasional JAV S17? menjadi PPD? tidak, ia jauh sekali. Skop kerja sangat jauh. Selama ini JAV N17 diibarat berkokok nak J17, lepas tu cadangan beberapa pihak nak jadikan JAV S17. Kenapa tak jadikan JAV J17 terus?

Aku percaya ramai JAV tertanya-tanya keadaan struktur JAV itu sendiri, menjadi supir atau pasang Audio Sistem? Semoga suatu hari nanti, JAV ada pembelaan.

1 comment:

Siotto Castello said...

Salam..bagi pendapat sya laa..ada baiknya juga jika gred skim "S17"..sbb kebaikannya boleh dpt elaun menanggung tugas boss atasan kita gred "S" spt pegawai penerangan bagi penerangan dan pegawai promosi kesihatan bagi di jabatan kesihatan..mcm sya sekarang langsung tak dpt apa2 elaun menanggung kerja pegawai promosi kesihatan sbb skim gred tak sama..tak ker rugi..


topik hangat

1) Pameran Foto dan Pelancaran Buku Sebutir Permata Di Atas Takhta: Pemerintahan 25 Tahun Sultan Azlan Shah. Klik Sini

2) Kenaikan Pangkat Secara Automatik Selepas 15 Tahun Berkhidmat. Klik Sini

3) Kursus Fully Audio System Jabatan Penerangan Perak. Klik Sini


JAV Blog List

Carian Mudah Dan Pantas