
Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

SULTAN Perak, Sultan Azlan Shah berkenan menyempurnakan perasmian Pameran Foto dan Pelancaran Buku Sebutir Permata Di Atas Takhta: Pemerintahan 25 Tahun Sultan Azlan Shah di Ipoh, semalam. Program anjuran Berita Nasional Malaysia (Bernama) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Perak dan Arkib Negara itu mempamerkan gambar-gambar ketika baginda menjadi Ketua Hakim Negara sehingga ditabalkan sebagai Sultan Perak.
Ia juga mengandungi gambar-gambar berkaitan penglibatan baginda dalam sukan hoki terutama ketika menjawat jawatan Presiden Persekutuan Hoki Malaysia (1975-2004).
Tidak ketinggalan gambar-gambar berkaitan latar belakang dan sejarah Kesultanan Perak.
Berangkat sama pada majlis itu ialah Raja Permaisuri, Tuanku Bainun; Raja Muda, Raja Dr. Nazrin Shah, isteri baginda, Raja Puan Besar, Tuanku Zara Salim; Raja Dihilir, Raja Jaafar Raja Muda Musa dan Raja Puan Muda, Raja Nor Mahani Raja Shahar Shah serta kerabat diraja lain.
Turut hadir Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir serta isteri, Datin Seri Saripah Zulkifli; Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr. Rais Yatim dan Pengerusi Bernama, Datuk Seri Mohd. Annuar Zaini.
Pameran percuma selama lima hari bermula semalam di Dewan Bandaraya Ipoh tersebut dibuka kepada orang ramai dari pukul 10 pagi hingga 6 petang.
Pada 17 Mac 2009 telah berlangsung satu Kursus Pengurusan Jenazah dan Ceramah Zakat di Masjid Selekoh Bagan Datoh Perak. Kursus ini mendedahkan mengenai pengurusan jenazah dalam pelbagai situasi samada cara biasa, darurat, dilanda penyakit dan sebagainya.
Pada 15 Mac 2009 telah berlangsung Majlis Sambutan Maulidur Rasul Kg Kota Hutan Melintang Perak. Majlis ini bermula selepas Isyak dengan dimulakan dengan Selawat Ke Atas Rasulullah S.A.W. Kemudian dengan sesi Ceramah Sambutan Maulidur Rasul. Antara isi ceramah adalah mengenai Kehidupan kini dan sifat Rasulullah yang perlu kita ikuti supaya tidak mudah terjebak dengan gejala tidak sihat.
Pada 14 Mac 2009 telah berlangsung Majlis Program Pencegahan Jenayah dan Kebakaran di Taman Teluk Intan anjuran KRT Antek Avenue dan Jabatan Perpaduan Hilir Perak. Program ini bertujuan memberi kesedaran dan panduan mengenai Keselamatan seharian.

Pada 9 Mac 2009, sekali lagi Unit dan JAV Hilir Perak dipilih untuk bertugas Majlis Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Kebangsaan yang diadakan di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Seramai lebih 100 ribu orang ramai menyertai perarakan ini sehinggakan dataran Merdeka tidak muat.





28 Feb. 2009 bertempat di Dataran Menara Condong Teluk Intan telah berlangsung Program Larian Kemanusiaan Palestin 2009. Program ini bertujuan memberi sokongan kepada Perjuangan Negara Palestin disamping mengumpul derma untuk penduduk Gaza Palestin.

